Posted in Uncategorized

Ketika Cinta Bertasbih

Woro-woro…!!!!!
Penting…penting…!!!
Salah seorang teman aku ikut casting Ketika Cinta Bertasbih
Dia nih hafiz, kayaknya pantes deh jadi Furqon eh Azam Ndink
Tapi, dia khan cukup pemalu juga ama cewek, (ya elah, mang pemalu yah…???) hehehe…. Jadi, pantesnya jadi siapa yah? Lucunya, mo casting ko lum mbaca novele. Nanyanya ke aku lagi… wah, Pr nih buat aku. Mana novelnya lagi aku pinjemin ke temen lagi. jauh pula tuh…

Selamat berjuang, moga sukses aja. Hidupkan generasi muda kita dengan generasi Qur’ani. Semoga sukses sahabat ku. Jadilah yang terbaik diantara yang baik. Niatkan dengan Bismillah…

Posted in Uncategorized

Ku Kutip Dari….

Tulisan-tulisan ini, ku kutip dari Harian Metro Online… Tiada sedikit pun hendak memojokan sesiapa. Inilah sesungguhnya hakikat kehidupan, di mana ada kebaikan dan kejahatn. Tidak semua pembantu itu jahat dan tidak semua majikan itu baik. Sebagai Iktibar untuk diri aku sendiri, sebagai seorang Pembantu.

Posted in Uncategorized

Tidak Semua, Fikirkanlah….

RM4,000 lesap pembantu rumah tak kunjung tiba

KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah rugi lebih RM4,000 selepas terpedaya dengan janji manis seorang ejen pembantu rumah dipercayai ‘palsu’ berusia 50-an yang berlagak sopan dan lemah lembut.

Menurut mangsa yang mahu dikenali sebagai Rosnah, 40-an, dia memerlukan pembantu rumah untuk menolong menjaga ibunya yang terlantar sakit di rumah.

Katanya, dia mengenali ejen itu melalui adik iparnya sebelum berurusan dengan wanita itu untuk mendapatkan pembantu rumah.

“Dia (suspek) bertutur dengan lemah-lembut dan sepanjang kami berurusan menyebabkan saya yakin dia tidak akan menipu,” katanya kepada di sini, semalam.

Rosnah berkata, pada Februari lalu, wanita itu meminta wang RM4,400 sebelum berjanji akan mendapat pembantu rumah sebulan selepas itu.
Menurutnya, dia turut menyediakan surat perjanjian bayaran pembantu rumah berkenaan ketika menyerahkan wang kerana khuatir penipuan berlaku.

“Saya tahu banyak kes membabitkan ejen pembantu rumah palsu, jadi saya terfikir membuat surat perjanjian untuk dijadikan bukti.

“Namun, wanita berkenaan tidak takut, malah turut menyerahkan salinan kad pengenalannya sebagai rujukan jika apa-apa berlaku,” katanya.

Rosnah yang bertambah yakin selepas kejadian itu berkata, dia kemudian menghubungi semula ejen berkenaan untuk mengambil pembantu rumah yang dijanjikan.

Bagaimanapun, mangsa mendakwa ejen berkenaan mula berdolak-dalik dengan memberikan pelbagai alasan serta memintanya menunggu lagi beberapa hari.

“Selepas beberapa bulan, pembantu rumah masih tidak diberi, malah wang diberi kepadanya ‘lesap’.

“Saya cuba berunding dengannya secara baik untuk meminta semula wang berkenaan sebelum dia sebaliknya menawarkan pembantu rumah dengan bayaran bulanan RM600,” katanya.

Mangsa berkata, dia tidak bersetuju dengan tawaran berkenaan kerana sebelum ini ejen berkenaan berjanji memberi pembantu rumah dengan bayaran RM400 sebulan.

“Kali ini, saya bosan dan tawar hati sebelum meminta semula wang yang dibayar, namun wanita itu masih memberi helah dengan memberitahu seorang lelaki akan memasukkan wang ke dalam akaunnya.

“Saya percaya dan menunggu wang dimasukkan, namun sehingga hari ini tiada wang dimasukkan seperti
dijanjikan,” katanya.

Posted in Uncategorized

Mereka Berkata…

‘Jangan beri muka’
Oleh Helmy Abd Rahman
helmy@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Jangan beri muka kepada majikan seperti itu,” kata Presiden Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM), Prof Datuk Hamdan Adnan ketika mengulas sikap majikan tidak berperikemanusiaan yang sanggup bertindak keterlaluan dengan memperlakukan pembantu rumah seperti binatang.

Katanya, kerajaan perlu membuat kajian mengenakan hukuman lebih keras kepada majikan yang terbukti bersalah kerana kelakuan mereka boleh mencemarkan nama baik negara ini.

“Bukan saja negara dapat malu, malah kita tidak akan dihormati dan dibenci orang luar terutama rakyat negara pengeksport tenaga buruh utama ke negara ini, padahal jumlah majikan seperti itu cuma segelintir.

“Oleh itu, kerajaan tidak boleh memandang remeh perkara seperti ini dan perlu mengenakan hukuman lebih berat kepada majikan sedemikian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan mengenai tindakan kejam seorang majikan di Ampang yang sanggup melayan pembantu rumah tidak ubah seperti binatang apabila tergamak merantainya pada kandang kucing di rumahnya.

Tindakan lelaki berusia 40-an itu amat zalim apabila mangsa yang baru berusia 19 tahun turut didera dan dipukul selain sengaja ditambat pada kandang terbabit dipercayai bagi mengelakkannya melarikan diri.

Lebih tidak berperikemanusiaan apabila mangsa yang baru sebulan bekerja dengan keluarga tuannya turut dijadikan hamba seks bagi memuaskan nafsu lelaki tidak dikenali yang mempunyai kaitan dengan majikan terbabit.

Hamdan berkata, selain mengenakan hukuman terhadap majikan didapati bersalah, kerajaan perlu memperketatkan syarat pengambilan warga asing yang dibekalkan agensi pembantu rumah.

“Malah, tindakan undang-undang perlu diambil ke atas agensi ini yang bersikap ‘lepas tangan’ dan cuma memikirkan keuntungan semata-mata.

“Sepatutnya, mereka disyaratkan melakukan pemantauan ke atas pembantu rumah yang dibekalkan. Pihak berwajib seperti imigresen pula perlu bersikap lebih proaktif dengan memantau agensi pembantu rumah ini,” katanya.

Posted in Uncategorized

Penderaan Pembantu

Tambat amah
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Hadzlihady Hassan
am@hmetro.com.my
AMPANG: Kejam dan tidak berhati perut apabila seorang majikan sanggup melayan pembantu rumah tidak ubah seperti binatang apabila tergamak merantainya pada kandang kucing di rumahnya.

Tindakan lelaki berusia 40-an itu amat zalim apabila mangsa yang baru berusia 19 tahun turut didera dan dipukul selain sengaja ditambat pada kandang terbabit dipercayai bagi mengelakkannya melarikan diri.

Lebih tidak berperikemanusiaan apabila mangsa yang baru sebulan bekerja dengan keluarga tuannya turut dijadikan hamba seks bagi memuaskan nafsu lelaki tidak dikenali yang mempunyai kaitan dengan majikan terbabit.

Sumber polis berkata, dalam kejadian Rabu lalu, mangsa yang bekerja di rumah majikannya di Taman Kencana, Ampang di sini, mendakwa dirantai pasangan tuannya.

Menurutnya, mangsa mendakwa rantai itu disambungkan pada kandang kucing dalam rumah terbabit menyebabkan dia tidak dapat melarikan diri.
“Pada keesokan harinya, mangsa mendakwa matanya tiba-tiba ditutup dengan kain selimut oleh majikannya sebelum dia diserang dan diperkosa dua lelaki tidak dikenali.

“Namun, sekitar jam 12.30 tengah malam, mangsa yang dalam keadaan lemah berusaha membebaskan diri dengan memotong rantai yang mengikatnya menggunakan gunting dan paku,” katanya.

Menurutnya, usaha itu berhasil sebelum mangsa melarikan diri melalui tingkap bilik anak majikannya.

“Mangsa yang berjalan tanpa arah kemudian dibantu seorang lelaki yang terserempak dengannya dan dihantar ke Balai Polis Pandan Indah di sini, untuk membuat laporan polis.

“Berdasarkan keterangan awal, mangsa mendakwa majikannya sengaja membakar pasport miliknya bagi memastikan dia tidak dapat melarikan diri dari rumah terbabit,” katanya.

Malah, menurutnya, amah terbabit sengaja diberikan kad pengenalan palsu oleh majikannya itu yang bekerja sebagai peniaga.

“Susulan itu, polis menghantar mangsa mendapatkan rawatan dan pemeriksaan di Hospital Ampang sebelum pemeriksaan mendapati ada kesan koyakan pada kemaluan gadis itu.

“Polis segera ke rumah majikan terbabit sebelum menahannya untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas jenayah rogol yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin yang dihubungi Harian Metro semalam mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, kes terbabit akan disiasat secara terperinci dengan mengambil keterangan kedua-dua pihak sebelum pendakwaan dilakukan.

“Siasatan masih dilakukan bagi mendapatkan bukti lengkap kes terbabit. Suspek kini masih ditahan reman,” katanya.