Mereka Berkata…

‘Jangan beri muka’
Oleh Helmy Abd Rahman
helmy@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Jangan beri muka kepada majikan seperti itu,” kata Presiden Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM), Prof Datuk Hamdan Adnan ketika mengulas sikap majikan tidak berperikemanusiaan yang sanggup bertindak keterlaluan dengan memperlakukan pembantu rumah seperti binatang.

Katanya, kerajaan perlu membuat kajian mengenakan hukuman lebih keras kepada majikan yang terbukti bersalah kerana kelakuan mereka boleh mencemarkan nama baik negara ini.

“Bukan saja negara dapat malu, malah kita tidak akan dihormati dan dibenci orang luar terutama rakyat negara pengeksport tenaga buruh utama ke negara ini, padahal jumlah majikan seperti itu cuma segelintir.

“Oleh itu, kerajaan tidak boleh memandang remeh perkara seperti ini dan perlu mengenakan hukuman lebih berat kepada majikan sedemikian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan mengenai tindakan kejam seorang majikan di Ampang yang sanggup melayan pembantu rumah tidak ubah seperti binatang apabila tergamak merantainya pada kandang kucing di rumahnya.

Tindakan lelaki berusia 40-an itu amat zalim apabila mangsa yang baru berusia 19 tahun turut didera dan dipukul selain sengaja ditambat pada kandang terbabit dipercayai bagi mengelakkannya melarikan diri.

Lebih tidak berperikemanusiaan apabila mangsa yang baru sebulan bekerja dengan keluarga tuannya turut dijadikan hamba seks bagi memuaskan nafsu lelaki tidak dikenali yang mempunyai kaitan dengan majikan terbabit.

Hamdan berkata, selain mengenakan hukuman terhadap majikan didapati bersalah, kerajaan perlu memperketatkan syarat pengambilan warga asing yang dibekalkan agensi pembantu rumah.

“Malah, tindakan undang-undang perlu diambil ke atas agensi ini yang bersikap ‘lepas tangan’ dan cuma memikirkan keuntungan semata-mata.

“Sepatutnya, mereka disyaratkan melakukan pemantauan ke atas pembantu rumah yang dibekalkan. Pihak berwajib seperti imigresen pula perlu bersikap lebih proaktif dengan memantau agensi pembantu rumah ini,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s